Wednesday, November 25, 2009

Nasi Ayam Kak Izan

Bahan Untuk Nasi (utk 4 org)
3 cwn Beras
air rebusan ayam secukupnya (campuran ayam,bwg putih,halia,jintan manis, jintan putih,bunga lawang,kulit kayu manis)
serbuk kunyit
garam

Bahan utk sup ayam

Ayam
2 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
sedikit jintan manis
sedikit jintan putih
kulit kayu manis
bunga lawang
kentang
garam
serbuk perasa
minyak
air secukupnya
daun sup
bawang goreng

cara2 menyediakannya

1. panaskan minyak di dalam periuk
2. bwg merah,bwg putih dan halia ditumbuk. gorengkan dahulu kulit kayu manis, bunga lawang,jintan putih dan jintan manis. kemudian masukkan bhn yg ditumbuk.
3. apabila bhn tadi sudah kekuningan masukkan air secukupnya. kemudian masukkan beberapa ketul ayam dan kentang. tutup periuk dan tunggu sehingga kesemuanya empuk.
4. setelah empuk keluarkan ayam untuk diperap bersama dgn kicap,halia dan sos tiram. ketepikan
5. dalam periuk tadi masukkan garam dan serbuk perasa. setelah masak hidangkan dgn daun sup dan bwg goreng.

bahan utk sos

cili merah
tomato
cili padi
bwg putih
cuka
sos tomato
sos cili
garam
gula

cara menyediakannya

1. cili merah,tomato,cili padi, bwg putih dan air dikisar halus
2. masukkan ke dalam kuali dan dicampur dgn cuka,sos tomato,sos cili, garam dan gula

bhn utk kicap

1. lebihan kicap yg diperap dengan ayam tadi boleh dipakai semula dan dicampur dgn kuah sup.
2. utk menghidang nasi ayam ini disertakan sekali dgn hirisan timun,buah tomato dan salad
3. selamat mencuba,...

Thursday, October 29, 2009

Terakhir syawal saya ada juga buat jamuan sikit. Nak kata open house tak juga. Buat makan sikit2 je. Jemput jiran terdekat dan kawan2 rapat suami. Nak buat besar2 tak mampu. Bukan apa semua makanan saya masak sendiri, suami tak suka nak tempah2 ni. Biarla tak berapa sedap janji air tangan tuan rumah sendiri katanya... so buatla mana yang mampu. Dengan keadaan membawa perut ni sambil dibantu suami inilah hasilnya..

Malam sebelum tu sempatla merebus nasi impit, buat kek kukus dan kek batik biskut marie. Paginya buat puding susu, lontong, masak bihun dan lain2 lagi.

Jemputan tidakla ramai sangat tapi sampai ke malam jugakla masih ada yang datang. Maklumla banyak jemputan open house yang lain

Tart Nenas


Selepas puas berhari raya di kampung tempoh hari,teringin pulak nak buat kuih raya lagi. inipun cadangan dari suami yang memang suka makan kuih tart nenas. Bukannya tak buat masa bulan puasa hari tu tapi dah habis. tak sempat nak hidang untuk tetamu beraya di rumah sendiri. takdela sesedap macam beli tapi okla di tekak suami sendiri. Dalam bulan syawal ni aje dah 4 kali kami buat. boleh kata setiap minggula. sekali bancuhan dapatla dalam 100 biji. Puas makan hasil tangan sendiri.
Nanti sebelum pulang ke kampung pula pada hari raya haji nanti nak buat lagi kuih tart ni tapi tak boleh buat awal2 nanti habis lagi...

Wednesday, October 28, 2009

berbuka puasa



Ini pula berbuka puasa bersama keluaraga mertua. ramai tak? maklumlah abang ipar dari Sabah pun pulang ke kampung setelah 2 tahun tidak pulang. Ini ramadan yang ke 28. Pelbagai juadah yang disediakan oleh kami antaranya roti canai, cempedak goreng, dan byk lagi. ada juga yang dibeli oleh abg sulong sebab dia baru aje sampai dari kl.

Nekbat


Ini pula menu disebelah keluarga saya. ini disediakan oleh ayah saya sendiri sebab ini adalah makanan kegemarannya. rasanya sangat manis sesuailah dengan selera orang sebelah pantai timur. bila suami saya cuba makan nekbat ni, manis sangat katanya. kuih ni ada yang kata dari Terengganu, ada juga yang kata dari Kelantan. sayapun tak pasti. Yang pasti dari pantai timur.

menu berbuka puasa di kampung

Pulang berhari raya ditempoh hari dapatla berbuka puasa sehari di rumah mertua dan puasa terakhir di rumah sendiri. di sini saya nak kongsikan menu yang disediakan oleh ibu mertuaku sambil dibantu oleh empat menantu perempuannya. tahun ni giliran kesemua adik beradik sebelah suami menyambut hari raya di Pahang. memang seronok sesekali berkumpul beramai-ramai. riuh rendah dengan suara cucu yang seramai 11 orang. berbalik kepada menu tadi atas permintaan ramai ibu mertuaku menyediakan sambal goreng jawa. inilah gambarnya...

Tuesday, September 15, 2009

Goreng pucuk meranti


Bahan2
1 ikat Pucuk meranti
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit ikan bilis
garam
air
minyak
Cara2 menyediakannya
1. tumbuk ikan bilis bersama dengan bawang merah dan bawang putih.
2. panaskan minyak dan goreng bahan tumbuk tadi sehingga kekuningan.
3. masukkan pucuk meranti bersama sedikit air dan garam secukup rasa.
4. masak sekejap sahaja supaya rasa pucuk meranti tidak pahit. sedia dihidang...

RESEPI : Biskut Kacang Mazola

resepi biskut ni saya ambik dari blog JC. thanks JC. sedap biskut ni. makan sekali nak lagi.... so saya nak kongsikan dalam blog saya...

Bahan2
2 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar halus)
2 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan gula aicing
minyak jagung mazola
kuning telur
kacang tanah (untuk hiasan)

cara2 menyediakan
1. campurkan tepung gandum,gula dan kacang tanah.
2. masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
3. terapkan mengikut bentuk kesukaan anda. sapukan kuning telur dan di letakkan kacang di atasnya.
4. bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 15-20 minit. selamat mencuba...

RESEPI : Cik Mek Molek


Bahan2
2 biji ubi keledek (saiz besar)
tepung gandum
sedikit garam
Gula
Air
minyak untuk menggoreng

Cara2 menyediakan
1. ubi keledek direbus sehingga empuk.
2. setelah empuk dilenyek sehingga hancur.
3. Masukkan tepung gandum bersama sedikit garam ke dalam ubi yang telah dilenyek tadi sedikit demi sedikit. uli sehingga menjadi doh. jangan terlebih tepung sehingga adunan menjadi keras.
4. bentukkan leper dan dimasukkan gula dalam satu sudu kecil. tutupkan dan dibentukkan bujur. kemaskan dengan betul supaya semasa menggoreng nanti gula tidak terkeluar.
5. goreng sehingga kekuningan.


selamat mencuba You All...

Pecal


Bahan sayur
tauge
tauhu
kacang panjang
kangkung
bihun
timun

Bahan untuk kuah
kacang tanah
3 sudu besar gula putih
2 sudu besar gula merah
10 biji cili padi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit belacan
air sam jawa
garam

cara menyediakannya
1. kacang panjang, kangkung, tauge dan bihun di celur seketika. tauhu pula digoreng.
2. kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar halus.
3. bwg merah, bwg putih dan halia dimayang halus. kemudian bahan tadi digoreng bersama cili padi hingga kekuningan.
4. bhn yg telah digoreng tadi dikisar bersama gula dan di masukkan belacan, air asam jawa, dan sedikit garam.
5. setelah sebati bolehlah dicampurkan dengan kacang tanah. kemudian bolehlah dicampurkan dengan air untuk dijadikan kuah.
6. kuah tadi boleh dihidangkan dengan bahan yag telah dicelur tadi. selamat mencuba...

Tuesday, September 8, 2009

RESEPI : Muffin Pelangi


Bahan2
1 cawan mentega
1 cawan tepung berserbuk penaik
1/2 cawan gula kastor
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar susu segar
gula warna
pewarna hijau,merah dan kuning
cara2 menyediakan
1. pukul mentega dan gula hingga kembang. masukkan esen vanilla dan susu segar.
2. masukkan telur satu persatu berselang seli dengan tepung.
3. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. satu berwarna merah, satu lagi warna kuning, satu lagi warna hijau dan terakhir warna asal.
4. sudukan adunan ke dalam acuan muffin. tabur sedikit gula warna.
5. bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit dan muffin berwarna keemasan.
6. sejukkan sebelum dihidangkan. boleh juga diletakkan aising di atasnya. Selamat Mencuba..

Monday, September 7, 2009

RESEPI : Biskut Samprit


Bahan2
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji kuning telur
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
buah ceri untuk hiasan

Cara2 menyediakan
1. butter dan gula dipukul hingga sebati
2. kemudian masukkan kuning telur.
3. masukkan esen vanilla dan tepung kastard.
4. setelah sebati masukkan tepung gandum dan diuli hingga menjadi doh.
5. tekan doh di dalam acuan samprit hingga membentuk seperti bunga. letakkan ceri.
6. bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit. selamat mencuba...

RESEPI : Cornflake Madu Ala2 Malu Gitu


Bahan-bahan
3 cawan cornflake
2 sudu besar madu
1 sudu besar butter
1 sudu besar gula
kismis

Cara2 menyediakannya
1. Butter, gula dan madu dicairkan di dalam kuali hingga sebati.
2. Tutup api dan dimasukkan cornflake beserta dengan kismis.
3. masukkan cornflake tadi sedikit demi sedikit ke dalam acuan kertas dan disusun di atas dulang pembakar.
4. bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 10 minit. selamat mencuba.. :)

Saturday, September 5, 2009

RESEPI : Tart Nenas Cik Tah (Tiada Acuan)

Ini adalah biskut yang pertama kali saya cuba buat. Resepinya adalah resepi biskut tart nenas. tapi acuan tart x sempat nak beli so saya guna bahan yang sama tapi buat bulat2 dan letak coklat cip. Rasanya sama bentuk saja lain...

Bahan-bahan

1 cawan mentega
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu gula
2 sudu tepung jagung
2 1/2 tepung kastard
1 sudu susu tepung
2 1/2 cawan tepung gandum
jem nenas
1 biji kuning telur (disapu di atas biskut)
coklat cip

cara2 menyediakannya

1. mentega, kuning telur dan esen vanilla dikacau sehingga sebati. masukkan gula dan kacau lagi.

2. masukkan tepung jagung, tepung kastard, susu tepung dan tepung gandum. uli sehingga menjadi doh.

3. ketuhar dipanaskan 180 darjah celcius.

4. seterusnya canai doh mengikut bentuk kesukaan anda dan letakkan jem nenas. jem nenas boleh dibuat sendiri atau dibeli di kedai.

5. bakar lebih kurang 20 minit atau sehingga biskut masak.

selamat mencuba...
Pengumuman !!!!!
Kami baru memiliki Oven Pembakar cap Butterfly....

Dengan ini maka bermulalah era membuat biskut. Sebelum ni, Hari raya je, kutip dari rumah emak. Jangan Marah mak :)

Ingat!!! Ilmu tidak diamal adalah sia-sia. So sekarang dah tak de alasan...

Sambal Goreng Jawa Ala Banjar


Bahan-bahan
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang puih
3 biji kentang
tempe
kacang buncis
tauhu
suun dan pucuk (direndam)
hati ayam (boleh diganti dengan udang)
kicap
garam
asam keping
gula

cara2 menyediakannya
1. kentang dibelah empat dan dipotong nipis. goreng terlebih dahulu
2. tempe dan tauhu juga digoreng.
3. tumis bawang merah dan bwg putih di dalam kuali. setelah naik wangi masukkan hati dan digoreng sebentar. setelah masak masukkan kacang buncis dan asam keping.
4. masukkan kentang, tempe, suun, pucuk dan tauhu.
5. setelah itu masukkan garam kicap dan gula.
6. sedia dihidangkan. selamat mencuba...

Friday, September 4, 2009

RESEPI : Kuih Lapis Cinta Balqis


Bahan22 cwn tepung beras
1 biji kelapa parut
3/4 cwn gula pasir
3 helai daun pandan
pewarna merah
sedikit garam

cara2 membuatnya

1. perah kelapa untuk mendapatkan satu mangkuk santan. letakkan sedikit garam.

2. tuangkan santan ke dalam tepung dan digaul sebati.

3. didalam periuk larutkan gula pasir, daun pandan dengan sedikit air. tapiskan.

4. tuangkan air gula tadi ke dalam adunan tepung beras tadi dan kacau sebati.

5. bahagikan adunan kepada dua bahagian. satu bahagian diletakkan pewarna merah. satu bahagian lagi dibiarkan warna asal. sementara itu panaskan pengukus.
6. tuangkan lebih kurang satu senduk adunan putih ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak dan kukus hingga masak.

7. kemudian tuangkan pula satu senduk adunan warna merah dan kukus hingga masak. buat hingga adunan habis. kukus lagi hingga masak. setelah semua masak biarkan sejuk sebelum dipotong.

Selamat Mencuba....

Tuesday, September 1, 2009

RESEPI : Cucur Udang


Bahan-bahan
2 cwn tepung gandum
15 ekor udang
tauge
daun kucai (dipotong pendek)
1 biji cili merah (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji telur
garam
kunyit
air secukupnya
minyak masak

cara2 menyediakannya
1. masukkan tepung, tauge,daun kucai,cili merah,bawang besar,telur ke dalam satu bekas.
2. seterusnya masukkan kunyit dan garam. kemudian air diisi sedikit demi sedikit. bancuhan jangan terlalu keras atau terlalu lembik.
3. panaskan minyak di dalam kuali. setelah itu cedukkan bancuhan satu demi satu dengan diletakkan udang satu persatu.
4. setelah cucur masak sedia dihidang panas2 bersama kuah kacang atau sos cili.
selamat mencuba....




Monday, August 31, 2009

RESEPI : Bihun Goreng Nek Nab


Bahan-bahan
1 bungkus bihun
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
halia
cili merah
ikan bilis
ayam (dipotong kecil)
sawi
tauge
telur
fish ball
fish cake
tomato
daun sup
kicap
air
minyak masak
garam
gula
perasa

cara2 menyediakannya
1. tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan halia. panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk tadi. setelah kekuningan masukkan cili kisar.
2. setelah cili masak masukkan hirisan ayam tadi bersama sedikit air untuk mengempukkannya. boleh diganti dengan udang, sotong dan sebagainya. setelah empuk masukkan sawi, cili merah, fish ball, fish cake, tomato,telur,kicap, garam, gula, serbuk perasa.
3. setelah bahan mesra bolehlah dimasukkan bihun. kacau bihun tadi supaya rata keseluruhannya. akhir sekali masukkan tauge dan daun sup.
4. bolehlah dihidang panas2....
selamat mencuba





RESEPI : Kek Batik Biskut Marie


bahan2
- 1 bungkus biskut marie(dibelah 4)
- 3 sudu planta
- 1/2 buttercup
- 1/2 tin susu pekat
- 3 sudu milo
- 3 sudu serbuk koko

cara membuatnya
1. susu, planta dan buttercup dicairkan dahulu.

2. kemudian masukkan milo dan serbuk koko. kacau sehingga kesemuanya menjadi sebati.

3. tutup api. masukkan biskut marie dan kacau rata.

4. akhir sekali bolehlah diletakkan di dalam acuan dan ditekap-tekap menjadi padat. setelah keras bolehlah dihidangkan.
selamat mencuba..... :)

Friday, August 28, 2009

tepung pelita ramadhan

kuih ni menjadi kegemaran anak sulung saya (cinta balqis). tiap2 hari mesti beli kat pasar ramadhan. klu beli rm2 tu dia sorang mmg x cukup. so buatla sendiri, baru puas dia mkn...

bahan A
1 cwn tepung beras
3 cwn air
jus pandan
gula
daun pisang

bahan B
1 cwn tepung beras
4 cwn santan pekat
sedikit garam

cara2 menyediakannya
1. bentukkan daun pisang menjadi acuan untuk kuih tepung pelita.
2. sebatikan tepung beras, air dan jus pandan. jgn terlalu cair.ketepikan.
3. bhn B digaul rata. ketepikan.
4. panaskan pengukus. lapisan bwh- masukkan 1 sudu kecil gula ke dalam acuan. kemudian masukkan lapisan hijau separuh acuan. kukuskan sehingga masak. setelah masak keluarkan.
5. masukkn pula lapisan atas sehingga memenuhi acuan. kukus sehingga masak. setelah masak boleh dihidang sejuk.

ikan patin masak tempoyak ala tok mek


masakan ni memang favorite kami sekeluarga. ini resepi dari ibu saya sendiri. kalau guna tempoyak baru lg sedap sebabnya masih ada rasa manisnya. klu nak cuba kelainan ikan boleh digantikan dengan ayam. memang sedap.... selamat mencuba.

bahan2nya
1 ekor ikan patin saiz sederhana
5 biji cili padi ( nak pedas lebihkan cili)
1 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
4 sudu besar tempoyak
1 btg serai - dititik
1 biji tomato
sedikit daun kesum
air
garam
gula
serbuk perasa- jika perlu

cara2 membuatnya
1. ikan patin dicuci bersih menggunakan air asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan
bau hanyir ikan.
2. cili padi, cili merah dan kunyit hidup ditumbuk.
3. di dalam periuk letakkan air. bahan tumbuk tadi di campur dengan tempoyak. seterusnya masukkan ke dalam periuk bersama dengan serai.
4. biarkan mendidih sebentar. setelah mendidih sedikit boleh dimasukkan ikan. jangan terlalu mengacau ikan tadi supaya tidak hancur.
5. setelah menggelegak masukkan daun kesum, tomato( kalau tiada boleh ganti dengan asam keping), garam, gula dan serbuk perasa. tunggu dalam 2 minit sebelum sedia dihidang...

Thursday, August 27, 2009

Agar2 Bandung Beraneka


bahan A
5 gram agar2
1 cawan air
3 sudu gula
pewarna merah dan kuning

bahan B
15 gram agar2
2 cawan air
3 sudu besar gula
5 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil pewarna merah

cara2 manyediakan bahan A
1. didihkan air bersama agar2 sehingga hancur.
2. setelah hancur masukkan gula.
3. setelah masak bahagikan kepada dua bahagian. letakkan satu bahagian pewarna merah dan satu bahagian lagi pewarna kuning. sejukkan sebentar.

cara2 menyediakan bahan B
1. didihkan air dan agar2 sehaingga hancur.
2. setelah hancur masukkan gula, susu dan pewarna merah.
3. setelah semuanya sebati bolehlah dimasukkan ke dalam bekas.
4. bahagian warna merah dan kuning yang telah keras bolehlah dipotong dadu kecil dan masukkan kedalam agar2 bandung tadi.
5. sejukkan di dalam peti sejuk.

Selamat Mencuba :)


Wednesday, August 26, 2009

Ayam Bakar Yummi

bahan2
- 2 paha ayam
- 2 bahagian dada ayam
- 4 ulas bawang besar
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 2 sudu kicap
- 2 sudu cili kisar
- 4 batang serai
- 1 sudu kunyit
- sedikit garam
- 1 sudu jintan manis
- 3 helai daun kunyit

cara2 menyediakannya
1. ayam digaul bersama garam dan kunyit.
2. bawang, halia, lengkuas, cili, dan serai dikisar. setelah dikisar bolehlah dimasukkan ke dalam ayam tadi.
3. tumbuk jintan manis. masukkan jintan manis serta kicap ke dalam ayam tadi.
4. akhir sekali hiris daun kunyit dan masukkan ke dalam perapan ayam tadi. ayam hendaklah diperap selama lebih kurang 3-4 jam supaya semua bahan meresap ke dalam ayam.
5. setelah mesra bolehlah dibakar.

Selamat Mencuba :)

RESEPI : Popia Goreng Cik Tah

bahan2 untuk kulit
- kulit popia
- sedikit tepung gandum
- air

bahan2 untuk inti
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 ketul ayam (dipotong kecil dan diperap dengan garam dan kunyit) - 50 sen tauge
- 1 btg lobak merah
- 2 biji telur
- 1/2 biji sengkuang
- sedikit kucai

- 2 keping asam keping
- minyak masak
- garam
- serbuk perasa

cara2 membuatnya
1. bawang merah dan bawang putih dihiris. panaskan minyak dan tumis.
2. setelah kekuningan masukkan ayam dan sedikit air. setelah empuk masukkan telur dan dikacau rata.
3. terakhir sekali masukkan lobak merah, tauge, sengkuang, kucai, asam keping, garam dan serbuk perasa, masak sebentar sahaja untuk mengekalkan kerangupan sayur-sayuran. inti ini mestilah kering supaya semasa membalut di dalam kulit popia nanti tidak koyak.
4. setelah inti kering bolehlah dibaluti dengan kulit popia. tepung dan air dicampur untuk melekatkan kulit popia tadi.
5. setelah selesai bolehlah digoreng sehingga kekuningan.
6. hidangan ini boleh dimakan bersama sos cili.
Selamat Mencuba :)

Tuesday, August 25, 2009

RESEPI : Murtabak Daging Cik Wan

bhn2 kulit murtabak 2 cwn tepung gandum
sedikit garam
sedikit gula
air
planta

bhn2 inti murtabak daging1/2 kilo daging tanpa lemak
5 biji kentang
4 biji bwg besar

bhn2 menumis
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
air asam jawa
sepeket kari daging
minyak masak
air
garam

cara2 menyediakan kulit murtabak
1. masukkan sedikit gula ke dalam tepung gandum

2. garam dicampurkan sekali di dalam air

3. air garam dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan tepung. uli sehingga menjadi doh yang lembut.

4. bentukkan separuh bola tenis dan disapu dengan planta sebelum ianya direhatkan (3-4 jam)

cara2 menyediakan inti murtabak
1. daging dipotong kecil kemudian dikisar didalam pengisar bersama dengan bawang besar serta air, sedikit demi sedikit.

2. kentang direbus. lenyekkan ia setelah empuk.

cara2 menumis
1. bawang kecil, bawang putih dan halia dikisar.

2. di dalam periuk minyak dipanaskan. setelah itu masukkan bahan yang telah dikisar. setelah
kekuningan masukkan rempah kari daging yang telah dicampurkan dengan sedikit air.

3. tunggu sehingga rempah kari masak dan masukkan air asam jawa.

4. masukkan daging dan kentang yang telah dilenyekkan tadi.

5. masukkan garam secukup rasa. masakkan sehingga inti kering.

cara2 mencanai
1. canaikan setiap bebola ini nipis2. campurkan inti dengan telur supaya inti itu tidak terburai apabila makan nnti. biasanya 1 biji untuk 2 murtabak.
2. bubuhkan inti di tengah-tengahnya. kemudian lipat dan goreng dalam kuali panas sehingga
kekuning-kuningan.
3. sedia dihidang.
Yum-yum sedapnya :)

Sunday, August 16, 2009

kek coklat kukus




1 cawan gula perang
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak masak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila

cara membuatnya

1. ayak tepung, soda dan baking powder
2. larutkan serbuk koko, gula perang, susu segar, susu pekat, dan minyak di atas api yang kecil sampai sebati.
3. pukul telur dan esen vanila sehingga kembang
4. masukkan bancuhan telur ke dalam bancuhan koko tadi. selepas itu masukkan tepung sedikit
demi sedikit.
5. setelah sebati tuangkan bancuhan ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak.
6. tutup loyang dengan aluminium foil.
7. kukus di dalam loyang yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 1 jam.
8. setelah masak, sejukkan dan bolehlah dihias dengan coklat masakan mengikut citarasa sendiri

Saturday, May 23, 2009

DONUT BERSALUT COKLAT

resepi ni saya dapat dari mak mertua.sebab anak2 saya suka betul makan donut. nak tak nak kena la buat sendiri baru puas makan.jadi saya harap anda cuba.semoga berjaya.....

Bahan-bahan

  • 2 sudu marjerin
  • 2 sudu gula
  • tepung gandum
  • 1/2 peket mauripan
  • sedikit garam
  • air
  • minyak untuk menggoreng
  • coklat masakan
  • coklat rice

cara-cara membuatnya
  1. mula-mula mauripan dicampur dengan sedikit air dalam bekas uli.
  2. masukkan marjerin, gula dan garam.
  3. kemudian masukkan tepung gandum. (lebih kurang 2 cawan).
  4. air dimasukkan sedikit demi sedikit dan bermulalah proses menguli sehingga menjadi doh.
  5. doh hendaklah tidak terlalu lembik atau terlalu keras.
  6. sesudah siap rehatkan doh lebih kurang 1 jam atau sehingga membesar 2 kali ganda.
  7. selepas direhatkan uli balik doh tersebut. Ambil sedikit demi sedikit dan bentukkan seperti donut. rehatkan kembali selama 1/2 jam.
  8. bolehlah digoreng dalam minyak yang banyak.
  9. selepas disejukkan bolehlah diletakkan di atasnya coklat masakan dan coklat rice untuk hiasan.buatlah mengikut kreativiti anda sendiri.

selamat mencuba......

masitah

Thursday, May 14, 2009

Pengenalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dikesempatan ini saya ingin berkongsi resepi. Semoga dapat dimanfaatkan oleh kita semua.

Masitah