Thursday, January 28, 2010

Menu dlm pantang

Dah alang2 baru lepas pantang ni, inginla saya berkongsi resepi atau menu orang dlm pantang.. maklumlah bukan boleh sebarangan makan. silap haribulan boleh memudaratkan badan kita. Antara menunya sup ikan gelama lada hitam. selain ikan gelama boleh juga digunakan ikan haruan, ikan selar kuning.

Sup ikan gelama lada hitam

2 ekor ikan gelama
1 inci halia
lada hitam (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 ulas bawang merah (dihiris nipis)
garam
air secukupnya

cara menyediakannya
1. Semua bahan disatukan dalam periuk.
2. setelah mendidih siap untuk dihidangkan...

Welcome... new baby

Alhamdulilah....tanggal 13 Dis saya selamat melahirkan baby girl di hospital Temerloh... namanya Kasih Hajar.. Seronoklah kakak2nya Sarah dan Balqis dengan kehadiran baby baru.. Penat juga melayan kerenah k.long n k.ngah. bukan apa asyik berebutkan baby baru ni.. biasalah budak2 tgh excited..
Dgn kehadiran baby baru ni kurangla masa saya nak mengupdatekan blog ni.. sibuk sikit nak menguruskan anak yang semakin bertambah. Dan ditambah pula dengan anak yang sulung yang baru nak masuk sek tadika. menangis jugakla first time nak pegi sek. maklumlah tak pernah berenggang dengan mamanya.. tapi alhamdulillah lama kelamaan dia dpt menyesuaikan diri dengan suasana baru di sekolah...seronok dpt tgk perkembangan sejak dah masuk sek ni.. asyik pegang buku je.