Monday, June 21, 2010

Cheese Cake Kukus

Bahan2 untuk alas bawah (base)

12o g buttercup
biskut marie

cara2 membuatnya

1. biskut marie dikisar (kuantiti biskut marie mengikut besar loyang..agak2 la)
2. butercup yang telah dicairkan dicampur ke dalam biskut marie
3. padatkan di dalam loyang
4. diletakkan sebentar ke dalam peti sejuk

bahan2 untuk cheese cake

250 g cream cheese
3 biji telur
1 cawan gula
1/2 tin susu cair
2 s/b jus lemon
sedikit parutan kulit lemon
1 s/k esen vanilla
3 s/b tepung kastard

cara2 membuatnya

1. campurkan cream cheese bersama dengan gula. setelah gula hancur masukkan telur satu
persatu
2. setelah sebati masukkan susu cair,esen vanilla,tepung kastard,jus lemon dan parutan kulit
lemon
3. kacau hingga sebati. kemudian masukkan ke dalam loyang tadi
4. tutup loyang dengan kertas aluminium
5. kukus selama 1 jam. selamat mencuba

Swiss Roll Ais Krim

Desert ni bukannya susah nak disediakan. Tiba2 je idea datang macam nak makan pencuci mulut yang ada kat pizza hut tu. So apa2 barang yang ada kat rumah tu bolehlah diletakkan. Jadila desert yang cukup menyelerekan. Anak2 mesti suka punya...

Bahan2 untuk menyediakannya

2 scoop ais krim vanilla (perasa ikut citarasa anda)
1 potong kek pandan swiss roll
1 sudu besar jagung (jagung dlm cawan tu)

bolehlah terus mendekorasikan mengikut citarasa anda. em...sedap...selamat mencuba..

Spagetti Bolognese


bahan untuk spagetti

250 gram spagetti
air
garam
buttercup

cara2 menyediakan

1. air direbus terlebih dahulu
2. setelah mendidih masukkan sedikit garam dan dimasukkan spagetti
3. rebus sehingga spagetti lembut dan bolehlah ditoskan
4. campurkan sedikit buttercup di dalam spagetti tersebut

bahan2 untuk kuah spagetti

1 biji bwg besar
1 biji cili merah
daging cincang atau isi ayam
1 tin sos spagetti
cendawan butang
nanas
air secukupnya
minyak

cara2 menyediakannya

1. bawang besar dipotong dadu. digoreng dgn sedikit minyak.
2. setelah kuning keemasan masukkan ayam/daging yang dicincang bersama sedikit air
3. setelah empuk masukkan sos spagetti,cili merah,cendawan butang dan nanas
4. biarkan semuanya sebati. kuah tidaklah terlalu cair atau terlalu pekat
5. sedia unuk dihidangkan, selamat mencuba....

Sunday, June 20, 2010

Pizza Cendawan Bersosej




nota: Bahan untuk 1 pizza besar....
Bahan untuk 3 pizza kecil (mini pizza) adalah bezanya 1/2 peket mauripan

Bahan untuk roti

2 cawan tepung gandum/tepung roti
1 peket mauripan
1 s/k garam
1s/k gula
1 s/b marjerin
1/2 cawan minyak
air suam secukupnya

cara2 penyediaan

1. semua bahan digaul rata sehingga menjadi doh
2. tudungkan dengan kain lembap sehingga doh menjadi 2 x ganda
3. uli sekali lagi
4. rehatkan sekali lagi lebih kurang 15 minit

bahan untuk inti

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 s/b minyak
sosej
cendawan butang
capsicum
nanas
tomato
parutan keju mozarella
tomato sos
cili sos (jika perlu)
1 s/k serbuk oregano
garam

cara2 menyediakan inti pizza

1. bawang besar dan bawang putih dipotong dadu. goreng sebentar sehingga kekuningan
2. doh tadi dileperkan dan letakkan kesemua bahan
3. bakar dengan suhu 180 darjah celcius
4. apabila hampir masak keluarkan dan taburkan keju mozarella. bakar semula sehingga keju cair
5. inti boleh ditukar mengikut citarasa anda contohnya ditambah daging atau tuna...
selamat mencuba