Sunday, June 20, 2010

Pizza Cendawan Bersosej




nota: Bahan untuk 1 pizza besar....
Bahan untuk 3 pizza kecil (mini pizza) adalah bezanya 1/2 peket mauripan

Bahan untuk roti

2 cawan tepung gandum/tepung roti
1 peket mauripan
1 s/k garam
1s/k gula
1 s/b marjerin
1/2 cawan minyak
air suam secukupnya

cara2 penyediaan

1. semua bahan digaul rata sehingga menjadi doh
2. tudungkan dengan kain lembap sehingga doh menjadi 2 x ganda
3. uli sekali lagi
4. rehatkan sekali lagi lebih kurang 15 minit

bahan untuk inti

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 s/b minyak
sosej
cendawan butang
capsicum
nanas
tomato
parutan keju mozarella
tomato sos
cili sos (jika perlu)
1 s/k serbuk oregano
garam

cara2 menyediakan inti pizza

1. bawang besar dan bawang putih dipotong dadu. goreng sebentar sehingga kekuningan
2. doh tadi dileperkan dan letakkan kesemua bahan
3. bakar dengan suhu 180 darjah celcius
4. apabila hampir masak keluarkan dan taburkan keju mozarella. bakar semula sehingga keju cair
5. inti boleh ditukar mengikut citarasa anda contohnya ditambah daging atau tuna...
selamat mencuba

No comments:

Post a Comment