Thursday, March 29, 2018

BILA NAK MULA BERNIAGA?

Seringkali kita berada dalam dilema bilakah masa yang sesuai untuk memulakan perniagaan...
.
Persoalan ini sering menghantui kita👻👻
Bila nak mula berniaga?
.
Kalau tanya Cik Tah sudah pasti jawapannya semalam....ya semalam...sebabnya bila lihat orang yang berjaya semuanya bermula semalam.... hee heee😀....
.
Tapi tak logik la pulak...ye dok.... nak mula semalam...
.
Jadinya bila?
.
Macam2 alasan bermain dalam otak...
Produk tak de lagi?
Kalau dah ada produk...sedap ke?
Kalau sedap ada orang nak beli ke?
Ok ke idok market produk tu?
.
Jadinya Cik Tah nak tanya kengkawan BLOG yg baik hati... bila masa yang sesuai nak mulakan perniagaan....Cik Tah nak berniaga ni...nak tolong keluarga & nak beri perkhidmatan kepada masyarakat setempat (KOTA DAMANSARA)...
.
Tapi Cik Tah dah tak de masa....Kiranya Cik Tah redah je dulu...BUAT HARI NI....hari2...x yah tunggu kuih atau roti sedap giler sampai orang tak boleh lupa....
.
Komen ye...Cik Tah nak tahu😍
.
Tq yek

Alhamdulillah....
Jualan harian di sekitar Kota Damansara

2 hari sekali... X mampu buat hari2...masa masih x mengizinkan...
Tapi kalau ada regular tempahan....
Insyallah nak tambah peralatan yang lebih besar....

Roti Sosej & Roti Floss 

Hari2 buat Kek Batik untuk
tempahan harian kawan2 anak Cik Tah

Wednesday, March 21, 2018

Roti Benggali buat Sendiri

 

Alhamdulillah rupanya tak susah buat roti benggali ni.... Ni lah hasilnya bila dapat beli Bread Maker.... Semua jadi mudah.... Anak-anak pun suka.... Diorang pantang tengok roti...Nak tahu rahsianya Boleh Whatsapp Cik Tah.....Yelah ramai wanita yang kat luar sana tak cukup masa....Mungkin Cik Tah boleh bantu....

wasap.my/60136394287
wasap.my/60136394287
wasap.my/60136394287


Sunday, March 18, 2018

Menerima Tempahan Roti Kacang Merah, Roti Sosej, Roti Floss & Roti Golok Home Made di KOTA DAMANSARA & Sekitarnya

Roti Kacang Merah, Roti Sosej, Roti Floss & Roti Golok

Roti Bunga Kacang Merah
Proses Membakar



















Roti Lipan Kacang Merah
Hujung minggu hari tu sempat Cik Tah pergi belajar buat roti....
Alhamdulillah inilah hasilnya....terus bungkus, jual & habis dibeli oleh jiran-jiran...
Sekarang simple je, kalau tak praktis rugi je belajar & Hidup tak akan ke mana-mana sampai bila2....
So, buat hari-hari, pastu jual...baru MAHIR...itu je formulanya...ye dak....










Yang berada di Kawasan KOTA DAMANSARA yang nak beli roti home made CIK TAH boleh whatsapp 
wasap.my/60136394287
wasap.my/60136394287
wasap.my/60136394287

Tuesday, March 13, 2018

Tutorial Puteri Ayu dalam pembikinan... tunggu ya


Saya akan menghasilkan tutorial bagaimana menyediakan puteri ayu. tunggu ya

Friday, March 9, 2018

TEMPAHAN KUIH PUTERI AYU DI KOTA DAMANSARA

Yang nak tempah kuih puteri ayu di kota damansara
saya menerimanya
Whatsapp👉🏻 wasap.my/60136394287


Thursday, March 8, 2018

RESEPI : Kuih Puteri Ayu Cik Tah

Kuih puteri ayu (35 biji)

Bahan2

  1. 3 biji telur
  2. 1 cawan gula
  3. 1 s/k ovellate
  4. 1 s/k esen pandan
  5. 1 cawan santan
  6. 2 cawan tepung gandum
  7. 1 s/k serbuk penaik
  8. Kelapa parut
  9. Tepung ubi
  10. Garam



Cara2
  1. Gaul kelapa parut bersama dengan tepung ubi dan sedikit garam.. ketepikan.
  2. Pukul telur bersama gula sehingga kembang. 
  3. Masukkan ovellate..   
  4. pukul lagi sehingga betul2 kembang. 
  5. Masukkan sedikit esen pandan. Tepung gandum diayakkan dahulu bersama dengan serbuk penaik. 
  6. Masukkan sedikit demi sedikit santan dan diselang selikan dengan tepung gandum tadi. 
  7. Jangan lupa panaskan pengukus.. 
  8. Acuan hendaklah disapu dengan minyak disekelilingnya. 
  9. Masukkan kelapa parut dan padatkan. 
  10. Tuangkan adunan ke dalam acuan. 
  11. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana. 
  12. Balut tudung periuk pengukus untuk mengelakkan wap air jatuh di atas permukaan kuih.
  13. Dah siap.

Senang je kan
Selamat mencuba ya kawan2

Kuih Tradisional....Boleh dimakan sepanjang hari

Kuih tradisional sangat ramai peminatnya...Ia dimakan sepanjang hari. kuih yang enak pasti menceriakan hari...
Namun masa yang terhad menghalang wanita bekerjaya menyediakannya.
Untuk menjadi lebih mahir...saya akan buat kuih setiap hari...
Disamping itu saya juga akan terus belajar & insyallah akan membuka kelas buat kuih-kuih Tradisional di masa hadapan....




Wednesday, March 7, 2018

TERIMA KASIH PENGUNJUNG BUDIMAN

Terkejut saya yang blog ni sudah dikunjungi oleh ramai orang.....

325,000

Wau pencapaian yang menarik untuk saya sekeluarga... pasti ada yang istimewanya tentang blog nih...
Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan terima kasih kepada pengunjung
 blog 

https://resepi-bondaku.blogspot.my/

Semoga bermanfaat....
kami akan kongsikan lebih banyak RESEPI.....

SUBCRIBE YOUTUBE

DAPUR CIK TAH
KOTA DAMANSARA

&
SELAMAT MENCUBA 

KAWAN-KAWAN

MENERIMA TEMPAHAN KEK COKLAT MOIST

Kepada Warga KOTA DAMANSARA & SEKITARNYA....

Kami menerima tempahan Kek Coklat Moist.



Whatsapp

wasap.my/60136394287


MENERIMA TEMPAHAN PUTERI AYU

Ilmu kalau tidak diamalkan, tiada guna....tiada manfaat....


Oleh sebab itu, kami nekad memulakan perniagaan kuih Puteri Ayu secara kecil-kecilan & kami lakukan setiap hari.
Kami memilih Puteri Ayu kerana ia mempunyai peminat tersendiri & rasanya memang sedap.




Disamping itu, kami selitkan dengan Pau, Cekodok, Kek Coklat Moist & Kek Batik.
Kami hantar ke beberapa kedai setiap hari....

Yang tinggal di KOTA DAMANSARA & nak selit order boleh bagitau awal sehari ya....
Yang nak buat majlis kesyukuran atau majlis hari jadi pun boleh order dgn kami.


Alhamdulillah banyak pengalaman yg kami timba...semuanya menarik untuk dijadikan sumber rujukan....

Kalau kita tidak bermula hari ini....pasti esok pun belum tentu....akhirnya...kita menangguhkan kejayaan dimasa hadapan...
Insyallah.

Yang nak  tempah 

Kuih puteri Ayu
Kek Coklat Moist
Kek Batik

boleh whatsapp

wasap.my/60136394287

Terima Kasih....
rasa sekali insyallah nak lagi