Tuesday, May 11, 2010

jln2 keluar peluh

rasanya dah lama x keluar jln2 sejak menimang cahayamata baru pd hujung thn lps. so sempena hari ibu suami telah membawa kami sekeluarga mengunjungi tasik perdana. dah lama rasanya saya tak ke sana. tak sangka pula ramai pengunjung beriadah di hujung minggu. rasa seronok tp letih juga sebab dah lama x exercise.

Monday, May 3, 2010

RESEPI : Pau Kukus Kacang Merah







Bahan2

2 1/2 cawan Tepung Gandum
1 sudu minyak masak
1/2 peket mauripan
gula
garam
air
daun pisang

cara2 membuatnya

1. masukkan 1/2 peket mauripan bersama dengan sedikit air.
2. seterusnya masukkan gula, garam,minyak masak dan tepung gandum.
3. uli adunan sehingga menjadi doh. rehatkan seketika sehingga doh menjadi 2 kali ganda.
4. setelah direhatkan, uli semula doh tersebut.
5. bentukkan doh menjadi seperti bebola,leperkan dan isikan inti mengikut citarasa anda.
6. letakkan di atas daun pisang. biarkan seketika dan setelah itu bolehlah dikukus selama 10
min. sedia untuk dihidang..

bahan2 untuk inti kacang merah

kacang merah (direndam semalaman)
gula perang
sirap
garam
air

cara2 membuatnya

1. kacang merah direbus bersama air sehingga empuk.
2. setelah empuk masukkan gula perang atau gula biasa bersama dengan sedikit sirap dan
garam.
3. setelah inti kering bolehlah dikisar untuk mendapatkan inti yang lebih halus.