Monday, May 3, 2010

Pau Kukus Kacang Merah







Bahan2

2 1/2 cawan Tepung Gandum
1 sudu minyak masak
1/2 peket mauripan
gula
garam
air
daun pisang

cara2 membuatnya

1. masukkan 1/2 peket mauripan bersama dengan sedikit air.
2. seterusnya masukkan gula, garam,minyak masak dan tepung gandum.
3. uli adunan sehingga menjadi doh. rehatkan seketika sehingga doh menjadi 2 kali ganda.
4. setelah direhatkan, uli semula doh tersebut.
5. bentukkan doh menjadi seperti bebola,leperkan dan isikan inti mengikut citarasa anda.
6. letakkan di atas daun pisang. biarkan seketika dan setelah itu bolehlah dikukus selama 10
min. sedia untuk dihidang..

bahan2 untuk inti kacang merah

kacang merah (direndam semalaman)
gula perang
sirap
garam
air

cara2 membuatnya

1. kacang merah direbus bersama air sehingga empuk.
2. setelah empuk masukkan gula perang atau gula biasa bersama dengan sedikit sirap dan
garam.
3. setelah inti kering bolehlah dikisar untuk mendapatkan inti yang lebih halus.

2 comments:

  1. Sitah, akak buat guna tepung pau, lagi lembut jadinya...tapi nak buat inti kacang hitam, tak jadi2, sitah ada resepi tak utk inti kacang hitam, macamana jadi hitam mcm pau ahmad tu..aiman suka inti kacang hitam

    ReplyDelete
  2. x tau la plak kak. inti kcg merah taula... kcg merah tu x pyh letak pewarna mgkn blh jd hitam...

    ReplyDelete