Wednesday, July 15, 2015

BUAT TUDUNG BERJENAMA SENDIRI

Kalau dah beli mesin jahit kenalah semangat gunakannya....Ye kan?????

Kali ni saya nak buat tudung untuk anak-anak....
Disebabkan tudungnya kena sama warna dengan warna baju yang siap dibeli di Jakel Shah Alam. Makanya, saya kena buat sendiri la tudung mereka...... Lagipun tudung kanak-kanak yang berfesyen susah nak dapat di pasaran...... Mula-mula Ambil contoh lepas tu belasah je....

Inilah hasilnya...
Baju Dibeli Di Jakel Shah Alam...
Tudung Buat Sendiri
 
Cinta Balqis
  
Kasih Sarah




Kasih Hajar
 
Kasih Zahra
Siap ada Label nama supaya senang tak bertukar....bila nak pakai nanti..... Al-maklumlah anak pompuan dah ramai nih.... Kelam-kabut dibuatnya.....
Label Kasih Sarah
Label Kasih Hajar
 Kepada yang berminat nak tempah tudung bolehlah WhatsApp saya : 013-6394287.....
Juga.........kita boleh bincang tentang design dan jenis kain..... atau saya ambil upah menjahit jew :)

Budak-budak pun nak bergaya macam kita juga...eya dok???

Bekas Pensil HOMEMADE Cik Tah

Bila dah ada mesin jahit sendiri nih...pelbagai idea produk saya nak buat....
Entah mcm mana hari ni terasa nak buat bekas pensel sendiri....
Anak-anak memang suka.....

Kalau nak cuba, mula-mula cari tutorial buat bekas pensel di Google... Lepas tu buat....
Selamat mencuba............
Tapi kalau nak tempah dengan saya pun boleh :)

Kainnya saya beli di Jakel Shah Alam....

(GAMBAR KAIN)

Inilah hasilnya.........
mula-mula belajar

ada 3 jenis corak kain

Hasil yang telah siap...Cuma x letak lagi nama :)
 Lepas tu letak nama .....
Boleh buat hadiah Harijadi
Ini label produk yang kami hasilkan......

Label Produk Kami

Sesiapa yang berkenan nak bekas pensel HOMEMADE nih bolehlah whatsApp saya : 013-639 4287

Sesuai untuk hadiah harijadi dan door give.

Friday, July 10, 2015

Layang-Layang Buat Sendiri

Kalau balik kampung, Pahang mesti si suami terfikir nak buat sesuatu yang boleh mengimbau nostalgia masa keciknya dulu.....
Kali ni dia sibuk nak buat layang-layang...
katanya dulu masa kecil selalu buat....pakai beg plastik felda....
bila dah siap... layang-layangnya x naik.... buat letih je bebudak ni tunggu ayah dia siapkan layang-layang yang tak naik
budak-budak ni tak sabar tunggu ayahnya siapkan layang-layang....
akhirnya Layang-layangnya tak naik... kata suami... lama sangat..dah lupa....

Mee Kari Tok Mek

Saya nak share resepi mee kari mak saya.....
suami suka sangat... kuahnya tidak pekat sangat dan selesa dihirup...

bahan2 untuk kuah mi kari
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
3 sudu besar rempah kari ayam
daun kari
kulit kayu manis
bunga lawang
serai
daging ayam
kerang
udang
fishball
fishcake
tauhu kering
air
santan
minyak masak
garam
gula

cara2 membuatnya
Tumbuk bwg merah dan bwg putih. panaskan minyak. tumis bahan tumbuk td bersama dgn daun kari, bunga lawang dan kulit kayu manis. setelah kekuningan masukkan rempah kari yang dibancuhkan dgn sedikit air. tunggu sehingga rempah masak. masukkan serai dan santan cair. setelah itu masukkan ayam yg di potong kecil. setelah ayam empuk masukkan udang, kerang, fish ball, fish cake dan tauhu kering bersama sedikit santan pekat. tambah air untuk lebih berkuah. blhla tambah garam dan gula. jgn terlalu lama takut udang terlebih masak...

bahan2 sampingan
mi kuning
cili merah
telur rebus
daun sup
limau nipis
sayur sawi ( celur )
tauge ( celur )


Thursday, July 2, 2015

Batu Seremban Viral Di sekolah



Beberapa hari yang lalu anak saya yang kedua, Adik meminta wang seringgit...lalu saya tanya kepadanya, untuk apa? Katanya dia ingin membeli batu seremban.... Terfikir untuk saya membelek-belek batu seremban yang lama bagaimana cara ianya dibuat..... Apa lagi saya pun cubalah....
Sudahnya.... ramai rakan-rakannya menempah... Bukan hanya rakan Adik malah rakan kakaknya, Kak Long turut menempah..... dah jadi bisnes pulak... Bukan untung yang dicari... tapi kepuasan melihat telatah mereka bermain batu seremban... semasa saya kecil dulu....teringat memori main batu seremban di pangkin/anjung rumah....Mana ada Gadget yang canggih mcm zaman skang....
Hari-hari mengadap tempahan...rasanya dah lebih 50 set batu seremban kami buat... suami pun membatu......Cikgu-cikgu pun tumpang sekali menempah.....
Kalau korang nak.... Whatsapp je saya
013-6394287, Cik Tah
Berusaha menyiapkan tempahan Batu Seremban.....

Saturday, June 13, 2015

Menjahit Memberi Kepuasan Diri dan Keluarga

Sudah lama tidak aktif berblog....

Anak-anak pula semakin bertambah dan membesar....
Timbul idea untuk belajar menjahit kerana saya mempunyai 4 orang anak perempuan... Banyak juga kalau dikira-kira upah untuk baju kurung mereka....
Jadi hasrat itu saya sampaikan kepada suami....

Teruja dan seronok kerana suami beria-ia suruh saya belajar menjahit....
Nah terus dia belikan mesin jahit jenama Juki.....



Inilah hasilnya...baju kurung untuk saya dan 4 orang anak perempuan saya sempena aidifitri yang akan datang tidak lama lagi.... Terima Kasih Su, isteri sepupu suami saya yang sudi mengajar saya...
Semoga usaha ini dirahmati Allah S.W.T..


Anak-anak saya
Kasih Sarah
Cinta Balqis



Kasih Zahra
Kasih Hajar
Baju Kurung
kain lebihan


Suka pakai baju kurung

Thursday, April 2, 2015

Selamat Hari Jadi Kak Long dan Adik

Alhamdulilah... Semakin besar anak kami.....
Cinta Balqis berumur 10 thn manakala Kasih Sarah berumur 8 thn.


Wednesday, August 25, 2010

kuih seri muka

lapisan atas
pulut yang telah dipadatkan

kuih seri muka
bahan2 utk lapisan bawah

1 cawan beras pulut
santan cair
daun pandan
sedikit garam

cara membuatnya

1. beras pulut dicuci bersih dan direndam 2 jam atau semalaman.
2. bilas dan sejat. masukkan ke dalam loyang bersama dengan santan yang dicampur dengan
sedikit garam dan diletakkan sekali daun pandan yang telah disimpul.
3. kukus sehingga masak selama 20-25 minit.
4. keluarkan daun pandan dan gembur pulut tadi menggunakan kertas aluminium. tekan pulut
sehingga mampat.

bahan2 untuk lapisan atas

1 biji telur
6 sudu besar gula
1 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar air daun pandan
pewarna hijau

cara2 membuatnya

1. masukkan telur,gula dan santan ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
2. masukkan kesemua tepung, air daun pandan dan pewarna hijau.
3. tapis adunan tadi.tuang adunan ke atas lapisan pulut dan kukus di atas api kecil (jika tidak
permukaan adunan menjadi tidak rata). masak selama lebih kurang 25-30 minit.
4. biarkan sejuk sebelum dipotong

Tuesday, August 24, 2010

murtabak nyum..nyum..


ini merupakan muratabak tahun ni punya. ada sedikit perubahan. saya masukkan daun kucai untuk rasa lebih sedap..yang lain masih sama..


Roti john


Sedar tak sedar dah hampir separuh bulan kita menjalani ibadah puasa.cepat sungguh masa berlalu. di bawah ini antara menu yang menjadi kegemaran kami sekeluarga bila tiba bulan puasa. memang banyak peniaga yang menjual roti john di pasar ramadan. tapi tentulah rasanya tak sama seperti kita sendiri membuatnya di rumah. tentu lebih sedap. so saya kongsikan roti john citarasa kami sendiri...selamat berpuasa..

bahan-bahan
3 keping Roti John saiz kecil
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
daging cincang
daun kucai
3 biji telur
serbuk kari
serbuk lada sulah
serbuk lada hitam
mayonis
sos cili
minyak
marjerin
garam

cara 2 membuatnya
1. tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk.
2. setelah kekuningan masukkan serbuk kari dan daging cincang.
3. tunggu hingga daging masak sebentar. masukkan bawang besar yang telah dihiris.
4. setelah masak angkat dan masukkan ke dalam bekas dan diletakkan telur, daun kucai
serbuk lada putih, lada hitam dan sedikit garam. gaul sebati.
5. panaskan kuali leper bersama dengan sedikit marjerin. letakkan bancuhan tadi. masak
sebentar.
6. setelah itu letakkan roti yang telah dipotong dua. tapi jangan sampai putus.
7. setelah masak bolehlah disapu dengan mayonis dan sos cili. selamat mencuba..

Monday, June 21, 2010

Cheese Cake Kukus

Bahan2 untuk alas bawah (base)

12o g buttercup
biskut marie

cara2 membuatnya

1. biskut marie dikisar (kuantiti biskut marie mengikut besar loyang..agak2 la)
2. butercup yang telah dicairkan dicampur ke dalam biskut marie
3. padatkan di dalam loyang
4. diletakkan sebentar ke dalam peti sejuk

bahan2 untuk cheese cake

250 g cream cheese
3 biji telur
1 cawan gula
1/2 tin susu cair
2 s/b jus lemon
sedikit parutan kulit lemon
1 s/k esen vanilla
3 s/b tepung kastard

cara2 membuatnya

1. campurkan cream cheese bersama dengan gula. setelah gula hancur masukkan telur satu
persatu
2. setelah sebati masukkan susu cair,esen vanilla,tepung kastard,jus lemon dan parutan kulit
lemon
3. kacau hingga sebati. kemudian masukkan ke dalam loyang tadi
4. tutup loyang dengan kertas aluminium
5. kukus selama 1 jam. selamat mencuba

Swiss Roll Ais Krim

Desert ni bukannya susah nak disediakan. Tiba2 je idea datang macam nak makan pencuci mulut yang ada kat pizza hut tu. So apa2 barang yang ada kat rumah tu bolehlah diletakkan. Jadila desert yang cukup menyelerekan. Anak2 mesti suka punya...

Bahan2 untuk menyediakannya

2 scoop ais krim vanilla (perasa ikut citarasa anda)
1 potong kek pandan swiss roll
1 sudu besar jagung (jagung dlm cawan tu)

bolehlah terus mendekorasikan mengikut citarasa anda. em...sedap...selamat mencuba..

Spagetti Bolognese


bahan untuk spagetti

250 gram spagetti
air
garam
buttercup

cara2 menyediakan

1. air direbus terlebih dahulu
2. setelah mendidih masukkan sedikit garam dan dimasukkan spagetti
3. rebus sehingga spagetti lembut dan bolehlah ditoskan
4. campurkan sedikit buttercup di dalam spagetti tersebut

bahan2 untuk kuah spagetti

1 biji bwg besar
1 biji cili merah
daging cincang atau isi ayam
1 tin sos spagetti
cendawan butang
nanas
air secukupnya
minyak

cara2 menyediakannya

1. bawang besar dipotong dadu. digoreng dgn sedikit minyak.
2. setelah kuning keemasan masukkan ayam/daging yang dicincang bersama sedikit air
3. setelah empuk masukkan sos spagetti,cili merah,cendawan butang dan nanas
4. biarkan semuanya sebati. kuah tidaklah terlalu cair atau terlalu pekat
5. sedia unuk dihidangkan, selamat mencuba....

Sunday, June 20, 2010

Pizza Cendawan Bersosej




nota: Bahan untuk 1 pizza besar....
Bahan untuk 3 pizza kecil (mini pizza) adalah bezanya 1/2 peket mauripan

Bahan untuk roti

2 cawan tepung gandum/tepung roti
1 peket mauripan
1 s/k garam
1s/k gula
1 s/b marjerin
1/2 cawan minyak
air suam secukupnya

cara2 penyediaan

1. semua bahan digaul rata sehingga menjadi doh
2. tudungkan dengan kain lembap sehingga doh menjadi 2 x ganda
3. uli sekali lagi
4. rehatkan sekali lagi lebih kurang 15 minit

bahan untuk inti

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 s/b minyak
sosej
cendawan butang
capsicum
nanas
tomato
parutan keju mozarella
tomato sos
cili sos (jika perlu)
1 s/k serbuk oregano
garam

cara2 menyediakan inti pizza

1. bawang besar dan bawang putih dipotong dadu. goreng sebentar sehingga kekuningan
2. doh tadi dileperkan dan letakkan kesemua bahan
3. bakar dengan suhu 180 darjah celcius
4. apabila hampir masak keluarkan dan taburkan keju mozarella. bakar semula sehingga keju cair
5. inti boleh ditukar mengikut citarasa anda contohnya ditambah daging atau tuna...
selamat mencuba

Tuesday, May 11, 2010

jln2 keluar peluh

rasanya dah lama x keluar jln2 sejak menimang cahayamata baru pd hujung thn lps. so sempena hari ibu suami telah membawa kami sekeluarga mengunjungi tasik perdana. dah lama rasanya saya tak ke sana. tak sangka pula ramai pengunjung beriadah di hujung minggu. rasa seronok tp letih juga sebab dah lama x exercise.