Monday, June 21, 2010

Cheese Cake Kukus

Bahan2 untuk alas bawah (base)

12o g buttercup
biskut marie

cara2 membuatnya

1. biskut marie dikisar (kuantiti biskut marie mengikut besar loyang..agak2 la)
2. butercup yang telah dicairkan dicampur ke dalam biskut marie
3. padatkan di dalam loyang
4. diletakkan sebentar ke dalam peti sejuk

bahan2 untuk cheese cake

250 g cream cheese
3 biji telur
1 cawan gula
1/2 tin susu cair
2 s/b jus lemon
sedikit parutan kulit lemon
1 s/k esen vanilla
3 s/b tepung kastard

cara2 membuatnya

1. campurkan cream cheese bersama dengan gula. setelah gula hancur masukkan telur satu
persatu
2. setelah sebati masukkan susu cair,esen vanilla,tepung kastard,jus lemon dan parutan kulit
lemon
3. kacau hingga sebati. kemudian masukkan ke dalam loyang tadi
4. tutup loyang dengan kertas aluminium
5. kukus selama 1 jam. selamat mencuba

5 comments:

  1. boleh tak nak tengok gambar cheese cake nie...
    nak tau gak tekstur die bile dimkn sebab nak try gak wat kek nie..tgok resepi cam sedap je..
    :D

    ReplyDelete
  2. nk tny la,cheese cake ni mmg xpkai tepung ke?

    ReplyDelete
  3. salam..saya nak cuba resepi..minta izin tag ye..makasih..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga resepi yang pakai cawan. Anak anak suka ni. Terima kasih di atas perkongsian.

    Haryati Kamis
    http://atiekamis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Buttercup yang telah dicairkan tu, buttercup yg dicairkan ats api? Atau yg dibiarkan lembut slps keluar dr peti sejuk? Tq. :)

    ReplyDelete

Jenis-Jenis Masakan