Tuesday, August 24, 2010

Roti john


Sedar tak sedar dah hampir separuh bulan kita menjalani ibadah puasa.cepat sungguh masa berlalu. di bawah ini antara menu yang menjadi kegemaran kami sekeluarga bila tiba bulan puasa. memang banyak peniaga yang menjual roti john di pasar ramadan. tapi tentulah rasanya tak sama seperti kita sendiri membuatnya di rumah. tentu lebih sedap. so saya kongsikan roti john citarasa kami sendiri...selamat berpuasa..

bahan-bahan
3 keping Roti John saiz kecil
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
daging cincang
daun kucai
3 biji telur
serbuk kari
serbuk lada sulah
serbuk lada hitam
mayonis
sos cili
minyak
marjerin
garam

cara 2 membuatnya
1. tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk.
2. setelah kekuningan masukkan serbuk kari dan daging cincang.
3. tunggu hingga daging masak sebentar. masukkan bawang besar yang telah dihiris.
4. setelah masak angkat dan masukkan ke dalam bekas dan diletakkan telur, daun kucai
serbuk lada putih, lada hitam dan sedikit garam. gaul sebati.
5. panaskan kuali leper bersama dengan sedikit marjerin. letakkan bancuhan tadi. masak
sebentar.
6. setelah itu letakkan roti yang telah dipotong dua. tapi jangan sampai putus.
7. setelah masak bolehlah disapu dengan mayonis dan sos cili. selamat mencuba..

2 comments:

  1. klu letak bawang goreng best gak, mcm kat pasar malam..:), blh lar ajak kami berbuka kat umah sitah, mkn roti john...:)

    ReplyDelete
  2. kami buat masa tumisan yang pertama tu. bawang digoreng smpi hangit nnti kita makan baru terasa bawang tu. jemput la dtg. nnti blh buat murtabak cik wan skali. he..he..tp call la dulu. blh kami prepare apa yg patut

    ReplyDelete