Wednesday, August 25, 2010

kuih seri muka

lapisan atas
pulut yang telah dipadatkan

kuih seri muka
bahan2 utk lapisan bawah

1 cawan beras pulut
santan cair
daun pandan
sedikit garam

cara membuatnya

1. beras pulut dicuci bersih dan direndam 2 jam atau semalaman.
2. bilas dan sejat. masukkan ke dalam loyang bersama dengan santan yang dicampur dengan
sedikit garam dan diletakkan sekali daun pandan yang telah disimpul.
3. kukus sehingga masak selama 20-25 minit.
4. keluarkan daun pandan dan gembur pulut tadi menggunakan kertas aluminium. tekan pulut
sehingga mampat.

bahan2 untuk lapisan atas

1 biji telur
6 sudu besar gula
1 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar air daun pandan
pewarna hijau

cara2 membuatnya

1. masukkan telur,gula dan santan ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
2. masukkan kesemua tepung, air daun pandan dan pewarna hijau.
3. tapis adunan tadi.tuang adunan ke atas lapisan pulut dan kukus di atas api kecil (jika tidak
permukaan adunan menjadi tidak rata). masak selama lebih kurang 25-30 minit.
4. biarkan sejuk sebelum dipotong

No comments:

Post a Comment