Tuesday, August 25, 2009

Murtabak Daging Cik Wan

bhn2 kulit murtabak
2 cwn tepung gandum
sedikit garam
sedikit gula
air
planta

bhn2 inti murtabak daging
1/2 kilo daging tanpa lemak
5 biji kentang
4 biji bwg besar

bhn2 menumis
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
air asam jawa
sepeket kari daging
minyak masak
air
garam

cara2 menyediakan kulit murtabak
1. masukkan sedikit gula ke dalam tepung gandum

2. garam dicampurkan sekali di dalam air

3. air garam dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan tepung. uli sehingga menjadi doh yang lembut.

4. bentukkan separuh bola tenis dan disapu dengan planta sebelum ianya direhatkan (3-4 jam)

cara2 menyediakan inti murtabak
1. daging dipotong kecil kemudian dikisar didalam pengisar bersama dengan bawang besar serta air, sedikit demi sedikit.

2. kentang direbus. lenyekkan ia setelah empuk.

cara2 menumis
1. bawang kecil, bawang putih dan halia dikisar.

2. di dalam periuk minyak dipanaskan. setelah itu masukkan bahan yang telah dikisar. setelah
kekuningan masukkan rempah kari daging yang telah dicampurkan dengan sedikit air.

3. tunggu sehingga rempah kari masak dan masukkan air asam jawa.

4. masukkan daging dan kentang yang telah dilenyekkan tadi.

5. masukkan garam secukup rasa. masakkan sehingga inti kering.

cara2 mencanai
1. canaikan setiap bebola ini nipis2. campurkan inti dengan telur supaya inti itu tidak terburai apabila makan nnti. biasanya 1 biji untuk 2 murtabak.
2. bubuhkan inti di tengah-tengahnya. kemudian lipat dan goreng dalam kuali panas sehingga
kekuning-kuningan.
3. sedia dihidang.
Yum-yum sedapnya :)

7 comments:

  1. Nanti aku cuba resepi ni hujung minggu

    ReplyDelete
  2. Cuba buat sendiri dapat banyak 16 keping. Dua hari makan. Sampai kuah kari tak cukup. Terpaksa sambung esok :)

    ReplyDelete
  3. wah...byknyer dah resepi skrg ni...:), ada kemajuan..., nmpk mcm senang jer buat murtabak ni.nak tanyer,tepung tu xyah guna ibu roti ker?planta tu sapu kat atas ajer ke atau ke seluruh adunan tu?ayat tu x clear lar...

    ReplyDelete
  4. bolehla.. x loya mcm dulu. x yah guna ibu rota. pakai tepung gandum jer.planta sapu dikeseluruhan setiap bebola. jgn sapu atas je... cubala try.sukatan tu pun main agak2 je..

    ReplyDelete
  5. ODP Shafie- cubala kat rmh. blh dpat byak tau.

    ReplyDelete
  6. mcm best je..wei antalah kt ara damansara ni...x pun kt kg je..hehehehe

    ReplyDelete

Jenis-Jenis Masakan