Friday, July 10, 2015

Mee Kari Tok Mek

Saya nak share resepi mee kari mak saya.....
suami suka sangat... kuahnya tidak pekat sangat dan selesa dihirup...

bahan2 untuk kuah mi kari
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
3 sudu besar rempah kari ayam
daun kari
kulit kayu manis
bunga lawang
serai
daging ayam
kerang
udang
fishball
fishcake
tauhu kering
air
santan
minyak masak
garam
gula

cara2 membuatnya
Tumbuk bwg merah dan bwg putih. panaskan minyak. tumis bahan tumbuk td bersama dgn daun kari, bunga lawang dan kulit kayu manis. setelah kekuningan masukkan rempah kari yang dibancuhkan dgn sedikit air. tunggu sehingga rempah masak. masukkan serai dan santan cair. setelah itu masukkan ayam yg di potong kecil. setelah ayam empuk masukkan udang, kerang, fish ball, fish cake dan tauhu kering bersama sedikit santan pekat. tambah air untuk lebih berkuah. blhla tambah garam dan gula. jgn terlalu lama takut udang terlebih masak...

bahan2 sampingan
mi kuning
cili merah
telur rebus
daun sup
limau nipis
sayur sawi ( celur )
tauge ( celur )


2 comments:

  1. Tq sharing resepi ni...suke mi kari...tp tak pernah buat sendiri lg...

    ReplyDelete
  2. sama2....Cubalah Fatihah buat sendiri.... selamat mencuba... Nanti boleh bagi feedback kat sini ya :)

    ReplyDelete