Thursday, April 12, 2018

Tanda-tanda Kolestrol Tinggi dalam badan

Kolesterol tinggi pembunuh yang senyap kalau tak dirawat, Meh Cik Tah kongsi bagaimana mengetahui tanda-tanda kolestrol tinggi dalam badan.

TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI DALAM BADAN

1.SAKIT PADA KAKI
Gejala umum dari kolesterol sakit pada bahagian kaki atau timbul rasa tidak selesa di bahagian kaki.

Hal ini disebabkan oleh tersumbatnya arteri sehingga aliran darah yang sepatutnya masuk ke kaki menjadi terbantut.

Rasa sakit boleh merebak di seluruh kaki, seperti betis, paha, bahkan hingga ke punggung.

2. KREM DI MALAM HARI
Menurut Dr. Darren Schneider, ketika tidur, orang-orang dengan kolesterol tinggi mungkin merasakan krem di bahagian tumit, jemari kaki, atau kaki bahagian bawah.

Rasa sakit akan hilang jika kedudukan kaki digantung atau berada lebih tinggi dari kedudukan badan.

Mudahnya, anda hanya perlu mengangkat kaki ketika tidur selama beberapa minit hingga kejang yang muncul hilang secara perlahan.

Kaki boleh anda sandarkan pada dinding.

3. KUKU BERUBAH
Kerana kuku tidak mendapat bekalan darah yang cukup akibat peredaran darah terganggu, akan berlaku perubahan seperti kuku menebal dan tumbuh lebih lambat ketika anda potong.

4. KULIT IKUT BERUBAH
Doktor sering melakukan pemeriksaan kolesterol pada seseorang yang telah mengeluh merasakan beberapa gejala kolesterol tinggi lain untuk memastikan dengan cara mengangkat atau menggantung atau meletakkan kaki di atas meja / bangku.

Pada awalnya, kaki akan berwarna putih kerana aliran darah terganggu.

Tetapi, lama kelamaan terjadi perubahan warna menjadi kemerahan atau keunguan sebab pembuluh darah mengalami pelebaran dan darah mula teralir ke kaki.

Dr. Schneider juga mengatakan bahawa pesakit kolesterol akan melihat jari-jari kaki menjadi pucat ketika duduk kerana kurangnya peredaran.

5. KAKI MENJADI SEJUK
Penunjuk yang satu ini tidak boleh menentukan secara pasti, kerana pada beberapa orang juga sering merasakan kedua kakinya sejuk apabila disentuh, meski tidak sedang sakit (mungkin faktor cuaca di kawasan tempat tinggal).

Tetapi, Dr. Schneider menyeru semua orang untuk lebih berhati-hati apabila rasa dingin hanya terdapat pada satu kaki saja, kemungkinan besar itu tanda-tanda jumlah lipid dalam darah berlebihan.

Jika anda mengalami gejala yang satu ini, teus rujuk pada doktor untuk mendapat maklumat dan kepastian lebih lanjut.

6. PROSES PEMULIHAN LUKA YANG LAMBAT
Gejala kolesterol yang satu ini berkaitan dengan ciri-ciri pesakit diabetes, luka (terutama di bahagian kaki) akan lama sembuhnya.

Penurunan edaran menjadi penyebab luka lambat pulih, atau meski cepat tapi tidak langsung sembuh total.

7. MATI RASA
Seorang wanita pernah mengeluh bahawa beberapa jari tangannya mengalami mati rasa, dan dirinya menganggap hal tersebut adalah tanda tingginya zat purin penyebab asam urat.

Tetapi, setelah berjumpa doktor, ternyata mati rasa tersebut adalah kesan sekaligus gejala kolesterol tinggi.

8. DIARE
Dalam memetabolismekan lemak, tubuh mempunyai keupayaan menyerap pertiga keperluan kolesterol daripada makanan yang dimakan.

Secara semula jadi, hati dapat menghasilkan kolesterol sesuai dengan keperluan tubuh, tetapi pada keadaan tertentu hati tidak mampu mengenali keperluan tersebut sehingga mengalami masalah dalam memetabolismekan lemak.

Pada keadaan di mana tubuh tidak mampu memetabolismekan lemak secara sempurna, ia akan berpotensi menimbulkan masalah dalam sistem pencernaan dan penyerapan, sehingga gejala cirit-birit yang berlebihan merupakan salah satu kesannya.

9. LESU DISERTAI MIGRAIN
Meski bukan gejala yang pasti berlaku, tetapi jika dilihat dari pemicunya iaitu terganggunnya proses metabolisme lemak tentu juga memberi kesan pada sistem pencernaan.

Makanan yang dimakan tidak berjaya dicerna dengan baik sehingga terkumpul pada saluran pencernaan.

Rasa kenyang yang timbul akan menghantar isyarat pada otak untuk tidak menambah pengambilan dari luar, sehingga muncul lesu dan bahkan disertai migrain kerana sebetulnya tubuh dalam keadaan kekurangan tenaga.

10. MENGGANGGU OTAK, MENGUNDANG EMOSI, DAN PENURUNAN KEMAMPUAN MEMORI
Otak adalah bahagian tubuh yang menjadi tempat simpanan kolesterol paling banyak, kira-kira 25%.

Oleh sebab itu, tidak bersungguhnya proses metabolisme lemak membuat pengeluaran kolesterol darah terganggu.

Apabila kadar kolesterol LDL lebih tinggi daripada kolesterol HDL, otak akan menerima kesan seperti berkurangnya daya ingat, mudah emosi, dan mencetuskan penyakit Alzeimer beserta penyakit neurologi lain.

11. PERUT KEMBUNG
Kerana berlaku masalah ketika mencerna makanan dan memetabolisme lemak, saluran pencernaan akan menyimpan kelebihan gas yang terbantut pada saluran usus yang mengarah ke kawasan perut.

Dari situlah awal mula timbul masalah seperti perut atau dada kembung.

12. KELEBIHAN BERAT BADAN
Selain gas, tentu lemak juga ikut terkumpul di kawasan perut sebagai kesan sampingan dari gangguan metabolisme lemak.

Oleh sebab itu, berat badan akan meningkat dan mengakibatkan kegemukan kerana sel-sel lemak semakin banyak dan berpotensi kearah obesiti.

13. JANTUNG TERASA SAKIT ATAU MENGALAMI PALPITASI (BERDEBAR-DEBAR)
Berlebihnya kolesterol akan menghambat peredaran darah kerana terjadi penyempitan pembuluh darah pada bahagian badan yang mempunyai kolesterol tinggi.

Kerana aktiviti tersebut akan memberikan isyarat ke jantung untuk bekerja mengepam darah lebih keras agar mengalir secara normal.

Kesan sampingan yang dirasakan oleh pesakit adalah rasa sakit di jantung dan terkadang merasa berdebar-debar seperti orang panik.

14. MUNCUL LEBAM PADA BEBERAPA BAHAGIAN BADAN
Keadaan dimana terjadi penumpukan lemak mengakibatkan terbentuknya ketulan yang terletak di antara otot dan kulit yang secara perubatan mendapat sebutan lipoma.

Ketulan ini biasanya muncul di daerah leher, tangan, perut, dan kaki dengan bentuk kecil dan lembut, berdiameter kira-kira satu inci, dan pusat tumor di bawah kulit.

Di sini Cik Tah nak Share produk yang efektif mengurangkan kolestrol dalam darah...
Kalau nak beli Cik Tah ada jual tau... boleh COD area KL/Damansara/Kota Damansara/PJ/....
Nak POS pun boleh....

Monday, April 9, 2018

Roti Benggali Home Made

Cik Tah suka explore benda baru.... Jadi Kali ni Cik Tah nak buat Roti Benggali...
Seronok sangat bila boleh buat sendiri....
Walaupun sebenarnya mengambil masa yang lama....
Tapi puas hati bila anak2 suka & teruja nak buat sandwich dari roti benggali buatan sendiri...
Rasanya pun sedap...boleh tambah atau kurangkan manis & masinnya...Ikut citarasa kita..

Roti Benggali yang mengembang selepas 30-45 minit dibiarkan

Bakar selama 20-30 minit dgn suhu 160-180 Darjah Celcius

Roti dibiarkan sejuk sebelum dipotong
Roti Benggali dipotong

Permukaan roti Benggali

Alhamdulillah Cik Tah dah berjaya buat roti Benggali Homemade sendiri.... Sambil-sambil jual kuih & roti sosej, Cik Tah juga nak jual Roti Benggali Homemade.
Yang nak tempah Roti Bengali boleh whatsapp Cik Tah :)

Thursday, March 29, 2018

BILA NAK MULA BERNIAGA?

Seringkali kita berada dalam dilema bilakah masa yang sesuai untuk memulakan perniagaan...
.
Persoalan ini sering menghantui kita👻👻
Bila nak mula berniaga?
.
Kalau tanya Cik Tah sudah pasti jawapannya semalam....ya semalam...sebabnya bila lihat orang yang berjaya semuanya bermula semalam.... hee heee😀....
.
Tapi tak logik la pulak...ye dok.... nak mula semalam...
.
Jadinya bila?
.
Macam2 alasan bermain dalam otak...
Produk tak de lagi?
Kalau dah ada produk...sedap ke?
Kalau sedap ada orang nak beli ke?
Ok ke idok market produk tu?
.
Jadinya Cik Tah nak tanya kengkawan BLOG yg baik hati... bila masa yang sesuai nak mulakan perniagaan....Cik Tah nak berniaga ni...nak tolong keluarga & nak beri perkhidmatan kepada masyarakat setempat (KOTA DAMANSARA)...
.
Tapi Cik Tah dah tak de masa....Kiranya Cik Tah redah je dulu...BUAT HARI NI....hari2...x yah tunggu kuih atau roti sedap giler sampai orang tak boleh lupa....
.
Komen ye...Cik Tah nak tahu😍
.
Tq yek

Alhamdulillah....
Jualan harian di sekitar Kota Damansara

2 hari sekali... X mampu buat hari2...masa masih x mengizinkan...
Tapi kalau ada regular tempahan....
Insyallah nak tambah peralatan yang lebih besar....

Roti Sosej & Roti Floss 

Hari2 buat Kek Batik untuk
tempahan harian kawan2 anak Cik Tah

Wednesday, March 21, 2018

Roti Benggali buat Sendiri

 

Alhamdulillah rupanya tak susah buat roti benggali ni.... Ni lah hasilnya bila dapat beli Bread Maker.... Semua jadi mudah.... Anak-anak pun suka.... Diorang pantang tengok roti...Nak tahu rahsianya Boleh Whatsapp Cik Tah.....Yelah ramai wanita yang kat luar sana tak cukup masa....Mungkin Cik Tah boleh bantu....

wasap.my/60136394287
wasap.my/60136394287
wasap.my/60136394287


Sunday, March 18, 2018

Menerima Tempahan Roti Kacang Merah, Roti Sosej, Roti Floss & Roti Golok Home Made di KOTA DAMANSARA & Sekitarnya

Roti Kacang Merah, Roti Sosej, Roti Floss & Roti Golok

Roti Bunga Kacang Merah
Proses Membakar



















Roti Lipan Kacang Merah
Hujung minggu hari tu sempat Cik Tah pergi belajar buat roti....
Alhamdulillah inilah hasilnya....terus bungkus, jual & habis dibeli oleh jiran-jiran...
Sekarang simple je, kalau tak praktis rugi je belajar & Hidup tak akan ke mana-mana sampai bila2....
So, buat hari-hari, pastu jual...baru MAHIR...itu je formulanya...ye dak....










Yang berada di Kawasan KOTA DAMANSARA yang nak beli roti home made CIK TAH boleh whatsapp 
wasap.my/60136394287
wasap.my/60136394287
wasap.my/60136394287

Tuesday, March 13, 2018

Tutorial Puteri Ayu dalam pembikinan... tunggu ya


Saya akan menghasilkan tutorial bagaimana menyediakan puteri ayu. tunggu ya

Friday, March 9, 2018

TEMPAHAN KUIH PUTERI AYU DI KOTA DAMANSARA

Yang nak tempah kuih puteri ayu di kota damansara
saya menerimanya
Whatsapp👉🏻 wasap.my/60136394287


Thursday, March 8, 2018

RESEPI : Kuih Puteri Ayu Cik Tah

Kuih puteri ayu (35 biji)

Bahan2

  1. 3 biji telur
  2. 1 cawan gula
  3. 1 s/k ovellate
  4. 1 s/k esen pandan
  5. 1 cawan santan
  6. 2 cawan tepung gandum
  7. 1 s/k serbuk penaik
  8. Kelapa parut
  9. Tepung ubi
  10. Garam



Cara2
  1. Gaul kelapa parut bersama dengan tepung ubi dan sedikit garam.. ketepikan.
  2. Pukul telur bersama gula sehingga kembang. 
  3. Masukkan ovellate..   
  4. pukul lagi sehingga betul2 kembang. 
  5. Masukkan sedikit esen pandan. Tepung gandum diayakkan dahulu bersama dengan serbuk penaik. 
  6. Masukkan sedikit demi sedikit santan dan diselang selikan dengan tepung gandum tadi. 
  7. Jangan lupa panaskan pengukus.. 
  8. Acuan hendaklah disapu dengan minyak disekelilingnya. 
  9. Masukkan kelapa parut dan padatkan. 
  10. Tuangkan adunan ke dalam acuan. 
  11. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana. 
  12. Balut tudung periuk pengukus untuk mengelakkan wap air jatuh di atas permukaan kuih.
  13. Dah siap.

Senang je kan
Selamat mencuba ya kawan2

Kuih Tradisional....Boleh dimakan sepanjang hari

Kuih tradisional sangat ramai peminatnya...Ia dimakan sepanjang hari. kuih yang enak pasti menceriakan hari...
Namun masa yang terhad menghalang wanita bekerjaya menyediakannya.
Untuk menjadi lebih mahir...saya akan buat kuih setiap hari...
Disamping itu saya juga akan terus belajar & insyallah akan membuka kelas buat kuih-kuih Tradisional di masa hadapan....




Wednesday, March 7, 2018

TERIMA KASIH PENGUNJUNG BUDIMAN

Terkejut saya yang blog ni sudah dikunjungi oleh ramai orang.....

325,000

Wau pencapaian yang menarik untuk saya sekeluarga... pasti ada yang istimewanya tentang blog nih...
Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan terima kasih kepada pengunjung
 blog 

https://resepi-bondaku.blogspot.my/

Semoga bermanfaat....
kami akan kongsikan lebih banyak RESEPI.....

SUBCRIBE YOUTUBE

DAPUR CIK TAH
KOTA DAMANSARA

&
SELAMAT MENCUBA 

KAWAN-KAWAN

MENERIMA TEMPAHAN KEK COKLAT MOIST

Kepada Warga KOTA DAMANSARA & SEKITARNYA....

Kami menerima tempahan Kek Coklat Moist.



Whatsapp

wasap.my/60136394287


MENERIMA TEMPAHAN PUTERI AYU

Ilmu kalau tidak diamalkan, tiada guna....tiada manfaat....


Oleh sebab itu, kami nekad memulakan perniagaan kuih Puteri Ayu secara kecil-kecilan & kami lakukan setiap hari.
Kami memilih Puteri Ayu kerana ia mempunyai peminat tersendiri & rasanya memang sedap.




Disamping itu, kami selitkan dengan Pau, Cekodok, Kek Coklat Moist & Kek Batik.
Kami hantar ke beberapa kedai setiap hari....

Yang tinggal di KOTA DAMANSARA & nak selit order boleh bagitau awal sehari ya....
Yang nak buat majlis kesyukuran atau majlis hari jadi pun boleh order dgn kami.


Alhamdulillah banyak pengalaman yg kami timba...semuanya menarik untuk dijadikan sumber rujukan....

Kalau kita tidak bermula hari ini....pasti esok pun belum tentu....akhirnya...kita menangguhkan kejayaan dimasa hadapan...
Insyallah.

Yang nak  tempah 

Kuih puteri Ayu
Kek Coklat Moist
Kek Batik

boleh whatsapp

wasap.my/60136394287

Terima Kasih....
rasa sekali insyallah nak lagi


Saturday, January 13, 2018

Family Outing : Perlawanan persahabatan bola sepak SMP1998 vs SMPS2000

Dalam kesibukan menjalani urusan harian...suami masih sempat reunion dengan kawan2 sekolah yang dah lebih 18 tahun tak jumpa... perlawanan persahabatan bola sepak antara batch SMPS98 vs SMPS00

Image may contain: 7 people, including Siti Masitah, people smiling, people standing, child and closeup


Image may contain: 6 people, people smiling


Monday, October 10, 2016

Suami Suprisekan Saya....Sweeeetnya

Kali ni suami suprisekan saya...dengan mug cantik...gambar anak-anak...
sweetkan..

Image may contain: 3 people, coffee cup, drink and indoor